PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya kami warga kerja MRSM Kuala Terengganu komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :

- Memberi pendidikan yang terbaik kepada setiap pelajar bagi menjamin kecemerlangan akademik.

- Membentuk kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum bagi meningkatkan potensi pelajar sepanjang berada di maktab.

- Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam bidang teknologi dan rekacipta.

- Memastikan aduan daripada pelanggan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bagi menjamin kualiti  perkhidmatan.

- Memastikan setiap panggilan telefon akan dijawab dalam tempoh tiga deringan.